Tarikh | 22 April 2025 |
Masa | 03.00 – 05.00 petang |
Tempat | NADI Pekan Kampung Lalang (Google Meet) |
Peserta | Wanita |
Tujuan :
Peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.
Pengisian :-
1. Menjahit Baju Kurung & Skirt / Kain Duyung
2. Menjahit zip
3. Cara mencantum kain
4. Cara menjahit getah pinggang
5. Menjahit kekemasan hujung tangan,bawah baju daan bawah skirt.