mcmc
Maklumat Komuniti

UTAMA

PUSAT INTERNET  (Pi) Pekan Kg. Lalang sebelum ini dikenali sebagai PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI (Community Broadband Centre) Pekan Kg. Lalang, kedah mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. PUSAT INTERNET (Pi) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Penubuhan PUSAT INTERNET  (Pi)/Pi ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan Mukim Siong, Baling agar setaraf dengan masyarakat di bandar masa kini.